Wednesday, February 16, 2011

Replication Setting for Lotus Notes email

Tech support datang cuma create replication untuk user, tapi Tech Support ni pun kadang2 miss out gak ngan benda camni, biasa la manusia, mana ada yang tak buat silap.. ok untuk Reminder Tech Support & sebagai info kepada user, disini aku nak tunjuk basic configuration untuk Email replication.. mungkin ia nya nampak remeh tapi impak nya amat besar kepada users.

Tech support: "Ok replication Setting dh buat"
User: "Confirm replication ni working? kalau saya delete dekat server, dekat local delete sekali or still remain?"

Soalan ni selalu ditanya oleh user.Kenapa? sebab user malas nak amik tahu replication dia working atau tak, bila ada kes emergency jer dorang akan check balik email lama dia orang tu, kalau tech support yang jenis buat2 pandai ni dia orang selalu GORENG user bulat2 padahal dia orang pun tak yakin..

Tech support: "Confim working! sebab setting yang saya buat macam ni"




  • Buka Replication View
  • Right Click kat Replication email
  • Select Options



Dalam Windows Replication Options, Navigate Basic Tab
  • Pastikan 'Send document to server' = Uncheck (untuk memastikan segala local replication yang di buat tidak menghantar 'Old Email' kepada Server Email yang online)



  • Buka 'Space Savers' Tab
  • Pastikan Uncheck pada 'Remove documents not modified in the last (days)'
(ini bagi mengelak Local replication membuang email dalam archive nya secara automatic seperti setting hari yang ditetapkan, user biasanya membuat replication penyimpanan untuk masa yang lama, tidak mustahil user tersebut membuka replication yang berusia lebih dari setahun lamnya, jika setting ini di Check, secara automatic local replication akan membuang email lama seperti hari yang ditetapkan, jadi sia2 la usaha nya selama ini)



  • Dan akhir sekali pada Tab 'Advanced'
  • Pastikan Uncheck pada 'Deletions'
(Option ini berfungsi untuk mengelak dari replication menjadi tidak berguna, Mengapa? sekiranya option ini di Check, User yang men Delete email nya di Online Servers, apabila replication running, secara automatic akan replicate sekali email yang dah Delete tadi, maksudnya Local Replication exactly sama dengan Online Servers.. So useless la apa lagi nak simpan email dah delete)



Nampak simple tetapi perkara seperti ini la yang boleh menyebabkan user menyumpah dekat Tech Support, apatah lagi kalau kena maki dengan Boss dia.. Korang tak kesian ke? so pasti kan pekara simple seperti ini di elakan dahulu sebelum korang kena masalah yang lagi besar

ALWAYS TACKLES THE SIMPLE THINGS, BEFORE ITS COMES TO COMPLEX

1 comment:

  1. Terima kasih infonya sangat membantu saya

    ReplyDelete